28 July 2009

sakitnya dan kecewa...

kebetulan idea ini timbul semasa saya sedang menulis diari saya, diari hidup saya...seseorang yang istimewa memberikan diari itu kepada saya, dia mahu saya menulis segala perkara dalam hidup saya di dalam diari tersebut.

ilham untuk membuat blog ini turut timbul kerana

pertama...saya juga terasa sakit hati bila dikecewakan...inilah tujuannya...

kedua...paling mengecewakan bila dikecewakan oleh seseorang yang paling saya harap-harapkan..saya tak mahu menyebut "paling saya cinta" sebabnya saya sudah menghilangkan perasaan cinta itu, mungkin patut saya tulis "paling saya benci"

ketiga...saya ingin berkongsi pengalaman hidup saya yang dua kali putus cinta, mungkin ada yang tiga kali, empat kali, dan berkali-kali sehingga terasa sudah malas untuk bercinta...

keempat...saya mahu berkongsi hidup saya selepas putus cinta, dan juga ingin mengetahui apa yang terjadi selepas anda putus cinta, dan bagaimana hidup anda selepasnya dan bagaimana anda berjuang untuk mengumpul kembali sisa-sisa motivasi dalam diri anda sedangkan orang yang mengecewakan anda itu sebenarnya sudah lupa diri dan mungkin sedang bahagia...

kelima...saya sendiri memikirkan apakah yang bakal akan terjadi kepada saya, dan tentulah saya juga inginkan semangat yang ada pada kalian tentang apa yang terjadi...saya sendiri masih lagi dalam usaha mengumpul kembali semangat dan keyakinan diri...

ada banyak benda yang ingin saya tulis dan nyatakan sendiri, ada dua blog saya yang saya tulis dengan rasa tidak puas hati, semata-mata untuk menyedapkan diri sendiri..tetapi saya pasti di luar sana hampir setiap hari ada sahaja yang putus cinta dan ada sahaja mereka yang menggunakan internet ini semata-mata untuk mencari cinta yang baru supaya dapat melupakan cinta yang lama..semata-mata untuk melupakan si dia...saya benci bila memikirkan tentang dia...

salam perkenalan...